Baru sebentar tadi saya bermain 'sep sep sep, tom tom tom' punya permainan dengan adik saya yang kecil.
Lihat telapak tangannya di telapak tangan saya, terasa terharu aje.
" Subhanallah, Maha Suci Allah, besarnye tangan saya, dan kecilnya tangan dia".

Dan terimbaulah saya, akan satu motivasi yang diberi oleh seorang ustaz sewaktu saya mengikuti satu Summer Camp dulu2.
Alkisahnya, tangan kita ada 5 jari. =D Cuba tengok jari masing2. Genggam kuat2 & angkat ke atas sambil laung.."Allahu Akbar!! Allahu Akbar!!". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.
Than, Straight kan jari ke depan dlm keadaan terbuka & renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu. jangan kita abaikan.
Kemudian, letakkan tangan di atas meja, perhatikanlah dan lihatlah!
Bermula dari jari kelinking yg kecil dan kerdil, beringatlah, bahawa semua makhluk Allah, manusia, kucing, pokok dan apa benda pun akan start dari kecil then membesar & terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apapun bermula dari kecil dan kegagalan mendidik pd usia muda akan beri impact/kesan yg besar pd masa depan.
Lihatlah pula jari kedua, jari manis. Macam tu jugak la dgn usia remaja..semuanya sweet.. manis mcm jari manis. Masa remaja kita selalu di duga dengan cabaran & dugaan. Hanya iman & takwa akan tunjukkan jalan kebenaran. Dan semua itu bolehlah dijadikkan pengajaran, tauladan mahupun sempadan.
Tibalah pula pada jari ketiga, jari yang paling tinggi, jari hantu!
Ini diibarat alam dewasa kita. At 30's kita dah punya status & ekonomi & career yg stabil but kita kena careful sebab masa ni la banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam2 hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. So kita kena la lipat gandakan ibadat selagi termampu. Almaklumlah, hantu berada di mana2.
Jari telunjuk! Jari yang dinaikkan ketika bacaan kalimah shahadah sewaktu tahiyatul. Ini lah yg mengungkap satu dan Esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk see how gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh & tauladan pada jari2 sebelum ni. Macam tu jugak dengan kita, perlulah jadi role model to the new generation.. jadi pembimbing yg kaya dengan idea bernas dan a great mind hanya kerana Allah.
Akhirnya tibalah,ibu jari! besar dan gemuk dan pendek berbanding dengan jari2 lain. Ini sebenarnya menunjukkan tahap kematangan & kehebatan yg membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau takde ibu jari. Susah tak? Susah..
Nak gengam dan pegang barang punyalah susah.. nak pegang sudu pun susah.
KOnklusinya, kepada young generation, nak buat apa2 rujuk la kat orang tua dan orang yang berpengalaman. Kalau kita patuh pd petunjuk mereka, then boleh la kita say "good" or "yes" sambil thumbs up!
Itulah rahsia kejayaan kita. Segalanya ada dekat sahaja pada diri, Hanya mahu sedar atau tidak saja.
**Bersyukurlah pada diri, kerana ada juga insan lain yang cacat dan tiada anggota.
No comments:
Post a Comment
Alhamdulillah, dikesempatan ini saya dapat menaip...