Untuk post yang kedua tahun 2007 ini, saya ingin mengambil satu tazkirah yang bagi saya tajuknya agak 'catchy'. iaitu KEGAGAHAN WANITA.
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan.

Perempuan yang gagah, adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala
keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
sambungannya minggu depan, rahsia kecantikan lelaki.
No comments:
Post a Comment
Alhamdulillah, dikesempatan ini saya dapat menaip...