11 February 2009

:: Tujuan Perjalanan ::

Assalamualaikum saudara2 ku sesama islam.

Minggu ini saya mahu kongsikan sebuah karya yang saya terdapat dalam satu keratan akhbar lama yang saya pun tidak tahu tarikhnya.

Sajak nukilan : Almarhum Syeikh Niamat Yusoff(seorangg guru,pendidik, pejuang, daie' dan apa sahaja gelaran yang selayaknya bagi beliau. Semoga beliau sentiase dirahmati bersama-sama kekasih Allah..

Inilah sajak yang sunggguh damai dan 'straight forward' ertinya jika dihayati.


ke mana tujuan perjalanan ini ?
halanya sama tapi rentaknya berbeza
lenggangnya berbagai tidak seirama
yang pasti sampai ke dunia yang sama..

DIA yang menjadi matlamat semua
punca kejayaan dan kesejahteraan hamba
itulah ALLAH pencipta segala
tumpuan segala makhluk yang tercipta
atas nama kemurahan yang melimpah tak terbatas
atas nama kasih sayang terpancar luas…

semua sedang melangkah pergi
dalam sebuah perjalanan bererti
menuju bersama kepada keredhaan ILLAHI
dalam pelbagai langkah yang strategi
agar kesampaian diterima…

di sana ada sang guru penunjuk jalan selamat
di sana ada murid yang sedang mencari matlamat
di sana ada sang abid yang sedang tekun beribadat
di sana ada sang petugas mengisi keperluan masyarakat
di sana ada sang raja yang sedang mengendali umat
di sana ada muwahhid yang tenggelam dalam hakikat
semua sedang menghadap ke arah yang tepat
menuju ALLAH yang sedang menunggu limpah rahmat…

No comments:

Post a Comment

Alhamdulillah, dikesempatan ini saya dapat menaip...