Saya mahu berkongsi dengan saudara satu tazkirah dalam koleksi catatan saya. Saya dah hilangkan siapa penceramah dan tempat saya dapat ilmu ini.
Bermulalah, Allah SWT selesai menciptakan Jibrail AS dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).
Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud.
"Wahai Jibrail! kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorangpun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad."
"Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, mereka sudah pun
mudah dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang
bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. "
Kemudian Jibrail AS berkata:"Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."
"Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
"Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."Kemudian Jibrail AS setelah mendapat keizinan kepada Allah untuk melihat syurga
Terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon.
:"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau
sepertiganya, atau seperempatnya?"
"Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun akuMarilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu
terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada
1/10 dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
* DAlam Taat, Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya.
* Dalam maksiat, Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya.
* Dalam Al-quran, Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung.
* DAlam Bulan RAmadhan, Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar.
* Dalam SOlat, Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama.
* Dalam semua hari, Allah S.W.T telah menyembunyikan tarikh terjadinya hari kiamat.
No comments:
Post a Comment
Alhamdulillah, dikesempatan ini saya dapat menaip...