17 July 2009

Khasiat Manggis

Assalamualikum rakan2 dan sahabat yang sudi menjengah laman yang hanya di post pada hari jumaat ini.

Baiklah, minggu lepas saya ada kate nak postkan khasiat buah manggis kan?
OK. Sumber rujukan :
1.www.webportal.com.my
2.www.wikipedia.com


Manggis atau nama saintifiknya Garcinia mangostana adalah tumbuhan tropika malar hijau dan tinggi pokoknya boleh mencapai 7 hingga 25 meter dan pada siapa yang tak tahu, ia menghasilkan buah berwarna ungu pekat yang boleh dimakan.

Terdapat juga spesis/subspesis lain seperti berikut: Garcinia mangostana, Garcinia pedunculata, Roxburgh, Garcinia Kydia, Roxburgh, Garcinia indica, Choisy (Garcinia purpurea), Roxburgh; Brindonia indica dan DuPetit-Thouars. (ehe.)

Manggis antara tumbuhan yang lambat tumbuh dan tumbuhan tropika. Ia sensitif dan tidak mampu hidup pada suhu di bawah 40F atau lebih dari 100F, biji benih mati pada 45F.

Orang Barat telah mengkaji buah ini dan mengkomesialkan dan mereka menghasilkan jutaan ringgit. Percaya TAK? Waktu kita makan sahaja dan kulitnya kita buang, tetapi khasiat buah ini terletak banyak pada kulitnya. Walaupun rasa kelat dan pahit, tetapi ia mengandungi banyak khasiat.




Khasiat dan kegunaan

Buah manggis kaya dengan Xanthones IAITU antioksida dan dikatakan boleh membantu memulihkan sistem imunisasi badan.

Orang orang Cina menggunakan kulit pokok sebagai sumber pewarna hitam, dan turut juga digunakan bagi mengubat cirit-birit.Kulit buah manggis telah digunakan secara meluas di India sebagai ubat cirit-birit.

Kulit buah manggis sekitar suku inci tebal dan mengandungi cecair amat pengering (astringent), yang mana, pada musim hujan, menghasilkan cecair melekit kekuningan, yang merupakan sejenis gamboge. Kalau saya panggil getah. huhu. Menyampah kalau kena baju, susah nak hilang.

Getah yang payah hilang tu pula, pernah dikaji olah N. Reitler di makmal Wittstein (Vierteljahresschr. f. prakt. Pharm., Vol. VII, p. 170),pada 1858 dan didapati mengandungi 88 peratus resin, larut dalam alkohol atau ether.

Buah manggis terkenal kerana sedap dan enak dimakan mentah. Buah manggis mempunyai kulit tebal yang tidak boleh dimakan begitu saja dan mempunyai isi yang putih dan manis.Macamana pun, Manggis ni acidic sebab buah manggis mengandungi asid malic.

Kalau di negara-negara barat, memang susah nak jumpa. adapun dijual di kedai runcit Asia.

No comments:

Post a Comment

Alhamdulillah, dikesempatan ini saya dapat menaip...