Segala pujian bagi Allah, Tuhan seru sekalian 'alam dan selawat serta salaam kepada junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahualaihiwassalam, Penghulu segala Nabi dan keatas keluarga baginda serta sahabat-sahabat nya.
POst kali ini yang ingin dikongsi adalah sajak!, Er, kot. Hayati ye.
DOSA itu adalah kemurkaan Allah rakanku ,

Kenangkanlah dosa itu macam sungguhlah besaR
Sekalipun dosa itu kecil sahaja
Kerana kalau Allah tidak ampunkan
Ia tetap bawa ke neraka
Dosa adalah kemurkaan Tuhan
Selagi di dalam kemurkaanNya
Menjadi hijab pada seseorang hamba
Oleh itu jika terbuat dosa
Cepat-cepat memohon ampun kepadaNya
Kalau tidak ia tetap menjadi hijab
Untuk mendapat hidayah daripadaNya
Rahmat dan kasih sayangNya terputus dariNya
Tapi mungkin kita tidak terasa
Selagi di dalam dosa sebenarnya kita tetap di dalam kemurkaan Tuhan
Selamanya di dalam kemurkaan Tuhan
Segala yang diberi adalah istikhdraj dari-Nya
Atau sepanjang masa itu, apa yang diberi adalah di dalam kemurkaan-Nya
Apabila apa yang kita dapat di waktu kemurkaan-Nya
Segala apa yang kita miliki sudah hilang berkatnya
Bila sudah hilang keberkatannya
Ia akan menjadi bala’ kepada hamba-Nya
Ketenangan tidak ada
Keharmonian jiwa hilang
Jiwa sentiasa sahaja hendak berang.
Walaupun kita kaya, macam ada benda yang tidak kena
Gelak ketawanya hanya pura-pura
Bila keseorangan, jiwa geliasah mula tiba
Keseronokan hanya luaran sahaja
Di dalam menderita.
Begitulah kesan dari dosa-dosa yang tidak dideletekan. Marilah deletekan segera.
No comments:
Post a Comment
Alhamdulillah, dikesempatan ini saya dapat menaip...